Hari Raya Aidil Adha

KUALA TERENGGANU – Sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan  menjelang, Sekretariat Sukarelawan Mahasiswa (SSM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyampaikan bantuan kepada 13 buah rumah warga tua dan keluarga miskin sekitar Kampung Tanjung Gelam, Kampung Gong Pak Jin dan Kampung Padang Nenas.

Sumbangan berupa beras, nasi himpit dan gula dibawah Program Kembara Sukarelawan : Suluhkan Sinar itu telah disampaikan oleh wakil Dekan HEPA, Ahmad Rumaizi Hashim dan  diadakan pada 2 November 2011 melibatkan sepuluh pelajar UniSZA dan beberapa kakitangan Bahagian Hal Elwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniSZA.

Menurut Ahmad Rumaizi, walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban keluarga ini dalam menyambut hari raya yang akan menjelma.

Hadir sama ialah pengerusi program, Abdul Rashid Abdul Manaf dan wakil HEPA, Wan Muzawati Wan Musa dan Muhamad Fauzan Anuar.

Sila lawati laman web PTM untuk keterangan lanjut

Download borang