Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 67

INFO HIJAU

Info Hijau

 

 

Nama Botani   : Ficus deltoidea

Nama Biasa  : Mas Cotek

Pokok Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga  berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

•Memperbaiki kerosakan urat saraf •Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bag iwanita selepas bersalin •Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri •Membantu mengawal tekanan darah tinggi •Merawat penyakit pneumonia •Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah •Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda •Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah •Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan •Membantu masalah keputihan •Melancarkan peredaran haid