• PROFIL
  • Kata-kata aluan Pengarah JPP

Kata Aluan Pengarah Pembangunan

mohd yasim1-187x283

IR. HJ. MOHD YASIM BIN A. GHANI

PENGARAH

Jabatan Pengurusan Pembangunan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada pengunjung laman web yang dihormati kerana melayari laman rasmi Jabatan Pengurusan Pembangunan, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Sebagai tunggak utama sektor pembangunan fizikal UniSZA, JPP bertindak sebagai agensi perlaksanaan dalam menjalankan projek-projek pembangunan UniSZA. Adalah hasrat kami untuk menjadi organisasi yang efisyen dan efektif untuk membantu UniSZA dalam mencapai visi, misi dan objektif. Melalui laman web ini, kami berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan cara menyediakan maklumat terkini JPP, khususnya maklumat berkaitan pembangunan fizikal UniSZA.

Melalui laman web ini, kami menyediakan maklumat terkini projek pembinaan, menaiktaraf dan penyelenggaraan. Pusat Khidmat Pelanggan sedang dirancang untuk beroperasi dengan memastikan aduan-aduan yang disampaikan oleh pelanggan sampai pada masa tepat dan dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat. Selain itu Sistem Pengurusan Fasiliti dan Sistem Pemantauan Projek juga sedang dibangunkan bagi memudahkan pihak kami melaksana dan menyelenggara projek-projek serta kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengguna.

JPP berharap akan terus mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak agar matlamat pembangunan dapat dicapai sepenuhnya demi kemudahan dan kemajuan UniSZA. Kami berharap laman web ini informatif dan senang dilayari. Jika ada pertanyaan atau aduan, sila hubungi kami. Kami mengalu-alukan pandangan dan komen membina demi untuk kebaikan JPP supaya dapat memberi khidmat yang terbaik pada anda..

PENGURUSAN MESRA & EFEKTIF


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“